Monday, 6 June 2016

Planet-Planet


-Ada 8 buah planet dalam Sistem Suria.
Susunan planet-planet mengikut jarak paling dekat hingga paling jauh dari Matahari ialah 


-Kesemua 8 planet itu bergerak mengelilingi Matahari dalam lintasan bujur yang besar yang  dipanggil orbitdan bergerak dalam arah lawan jam (barat ke timur).
-Semakin jauh planet tersebut dari Matahari, semakin besar orbit planet itu.
-Semasa planet-planet beredar mengelilingi Matahari, planet-planet juga berputar pada paksinya  sendiri mengikut arah lawan jam kecuali planet Zuhrah (mengikut arah jam) manakala Uranus  berputar pada sisinya (dari atas ke bawah).
-Setiap planet mempunyai masa yang berlainan untuk melengkapkan satu edaran lengkap mengelilingi  Matahari.

Planet Utarid


-Planet yang paling hampir dengan Matahari.
-Planet yang paling panas.
-Mempunyai orbit yang paling kecil
-Jarak dari matahari : 57.9 juta km
-Masa untuk satu peredaran lengkap : 88 hari
-Bilangan satelit semulajadi / bulan : 0

Planet Zuhrah


-Planet kedua dari Matahari
-Planet paling hampir dengan Bumi
-Terdapat satu lapisan tebal karbon dioksida serta asid sulfurik yang membentuk atmosfera.
-Karbon dioksida menyerap dan memerangkap haba, menghalang haba terlepas keluar. Ini  menyebabkan suhu Zuhrah sangat panas.
-Jarak dari Matahari : 108.2 juta km
-Masa untuk satu peredaran lengkap : 225 hari
-Bilangan satelit semula jadi / bulan : 0

Planet Bumi


-Satu-satunya planet yang mempunyai hidupan.
-Terdapat udara, air serta atmosfera.
-Jarak dari Matahari : 149.6 juta km
-Masa untuk satu peredaran lengkap : 365 hari
-Bilangan satelit semulajadi / bulan : 1 

Planet Marikh


-Planet yang dikenali sebagai planet merah kerana permukaannya diliputi dengan debu merah.
-Sejuk dan tiada hidupan. 
-Air yang terdapat di planet ini menjadi beku.
-Jarak dari Matahari : 227.9 juta km
-Masa untuk satu peredaran lengkap : 687 hari
-Bilangan satelit semulajadi : 2

Planet Musytari


-Planet paling besar dalam Sistem Suria
-Hampir keseluruhan planet ini terdiri daripada hidrogen dan helium.
-Jarak dari Matahari : 778.3 juta km
-Masa untuk satu peredaran lengkap : 11.8 tahun
-Bilangan satelit semula jadi : 16 

Planet Zuhal


-Planet kedua terbesar dalam Sistem Suria
-Planet yang paling cantik kerana terdapat beribu-ribu gelang berwarna di sekelilingnya.
-Gelang ini terbentuk daripada jutaan partikel debu dan ais. Gelang-gelang ini bersinar kerana  partikel-partikel ais di dalamnya memantulkan cahaya.
-Planet yang paling banyak satelit semula jadi / bulan.
-Jarak dari Matahari : 1 427 juta km
-Masa untuk satu peredaran lengkap : 29 tahun
-Bilangan satelit semula jadi / bulan : 18